Quantcast
Channel: Album | Hye Bro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 111

‘Pesanan Ayahanda’ Dari Sissy Iman

$
0
0
Sissy Imann - Pesanan Ayahanda - Cover Art

Setelah hampir 5 tahun berkecimpung dalam industri muzik tanah air, 2018 merupakan tahun yang istimewa dan telah melonjak profil penyanyi dan penulis lagu muda, Sissy Imann.

Alunan piano dan persembahan memukau dari Sissy Imann di pentas Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) untuk mengiringi Hael Husaini menerusi lagu‘Jampi’ telah mencuri perhatian ramai.

Penyertaannya dalam program realiti ‘Big Stage’ pada tahun lalu turut membuatkan namanya lebih dikenali.

Apabila berita tentang Sissy Imann telah disunting oleh Faizal Tahir merebak pada Oktober tahun lalu, rata-rata peminat tidak sabar menantikan hasil kerjasama mereka.

Sejak beberapa minggu yang lalu, penyanyi yang mesra disapa sebagai Sissy ini sudah mula mengacah peminat dengan memuatnaik video teaser lagu terbaharunya menerusi laman Instagram.

Bagi membuka lembaran seni dan membina momentum kerjaya seninya untuk tahun 2019, hari ini Sissy melancarkan single terbaharunya berjudul “PESANAN AYAHANDA”.

Lagu ini merupakan single pertamanya di bawah naungan Faithful Music.

“PESANAN AYAHANDA” merupakan hasil ciptaan bersama Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong, Romeo dan Sissy sendiri.

Tidak lari daripada identiti Sissy sebelum ini, gubahan muzik “PESANAN AYAHANDA” membawa rentak bossa nova yang disulam dengan elemen pop.

Ditambah pula dengan kelunakan vokal klasik Sissy melantunkan bait-bait lirik kontemporari, “PESANAN AYAHANDA” pastinya menawarkan suatu sajian halwa telinga yang unik buat pendengar muzik arus perdana tempatan.

Single ini merupakan terbitan Faithful Music dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar.

“PESANAN AYAHANDA” boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan juga iTunes bermula hari ini 25 JANUARI 2019.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 111

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.